Mayat tujuh warga Jepun dibawa pulang

Mayat tujuh warga Jepun dibawa pulang

NEW DELHI, 5 Julai – Mayat tujuh warga Jepun yang terbunuh dalam serangan militan di Bangladesh dibawa pulang hari ini tatkala penyiasat di Dhaka mencari petunjuk mengenai dalang di sebalik serangan mengerikan yang meninggalkan 28 orang terbunuh.

Sebuah kapal terbang kerajaan Jepun membawa mayat pulang ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, di mana mayat, dalam peti mayat yang ditutup dengan kain putih, diturunkan secara perlahan-lahan daripada kawasan kargo tinggi kapal terbang 747 dan diletak berderetan di atas landasan kapal terbang.

Menteri Luar Jepun Fumio Kishida, Duta Bangladesh Rabab Fatima dan pegawai lain meletak jambak bunga di antara peti mayat.

Di Dhaka, pihak berkuasa masih menahan lima daripada 12 tebusan yang diselamatkan apabila komando menyerbu restoran di zon diplomatik Dhaka pada pagi Sabtu, membunuh enam daripada penyerang dan menahan seorang.

Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida meletakkan jambangan bunga di atas keranda mangsa-mangsa war-ga Jepun yang terkorban. - AP
Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida meletakkan jambangan bunga di atas keranda mangsa-mangsa war-ga Jepun yang terkorban. – AP

Ketua polis Bangladesh A.K.M. Shahidul Haque berkata pihak berkuasa akan menyoal dua lelaki, termasuk seorang militan tersangka, yang ditahan ketika operasi pada Sabtu. Beliau enggan berkata sama ada mereka adalah antara tebusan yang ditahan, hanya berkata mereka sedang dirawat di sebuah hospital untuk kecederaan yang tidak dinyatakan.

Pegawai kedua berkata lima bekas tebusan yang masih ditahan termasuk seorang rakyat Kanada yang berasal dari Bangladesh dan seorang rakyat Britain kelahiran Bangladesh. Pegawai itu bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media mengenai siasatan yang masih berterusan. Pegawai itu berkata pihak berkuasa sedang menyiasat latar belakang kelima-lima orang berkenaan dan menyoal keluarga dan kawan mereka. – AP