Mayat warga asing ditemui

Mayat warga asing ditemui

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 29 Mei – Satu mayat dipercayai warga asing ditemui di celah-celah semak berhampiran sebuah kereta di kawasan belakang klinik lama Kampung Sungai Teraban di sini kelmarin.

Polis dalam laporannya hari ini menyatakan, kira-kira pukul 11:20 pagi kelmarin, Balai Polis Kuala Belait telah dimaklumkan mengenai sebuah kereta yang ditemui dengan percikan darah di kawasan terbabit.

Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut telah dilakukan dan polis telah menemukan mayat, sementara itu melalui bedah siasat yang dijalankan hari ini, telah menunjukkan kesan-kesan luka pada badan mangsa.

Menurut polis, kes terbabit di klasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan Jenayah Penggal 22.

Unit Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah sedang menjalankan siasatan dan memohon bantuan orang ramai bagi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes itu.

Sebarang maklumat bolehlah disampaikan ke nombor talian 2459500 di Jabatan Siasatan Jenayah atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA