Maybank anjur Kempen Derma Darah

Maybank anjur Kempen Derma Darah

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Maybank Berhad (Maybank), hari ini, telah mengadakan kempen derma darah bagi kakitangannya dan orang ramai bertempat di Cawangan Utama Maybank, Kampung Kiarong.

Kempen yang dianjurkan bersama Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu bermula dari jam 2 hingga 5 petang dan penderma darah yang hadir adalah daripada pelbagai peringkat umur.

Salah seorang penderma darah yang menderma darah dua kali setahun, Lim Su Hui berkata, beliau berasa gembira setiap kali menderma darah kerana berupaya melibatkan diri membantu masyarakat dalam bentuk aktiviti amal ini yang dapat menyelamatkan nyawa.

Warga Maybank ketika menyertai Kempen Derma Darah di Cawangan Utama Maybank, Kampung Kiarong.
Warga Maybank ketika menyertai Kempen Derma Darah di Cawangan Utama Maybank, Kampung Kiarong.

Sementara itu, Penyelia Pusat Derma Darah Hospital RIPAS, Haji Matusop bin Haji Daud berkata; “Permintaan terhadap darah sentiasa meningkat dan ekoran itu kami amat berbesar hati atas usaha Maybank menganjurkan kempen derma darah ini bagi membantu menambah simpanan darah kami.”

Kempen derma darah itu merupakan salah satu aktiviti dalam Program Cahaya Kasih Maybank, iaitu program sukarela yang diharap dapat menangani cabaran yang dihadapi oleh masyarakat melalui lima bidang tumpuan utama, iaitu pendidikan, pemerkasaan masyarakat, gaya hidup sihat, alam sekitar serta kesenian dan kebudayaan.

ARTIKEL YANG SAMA