Maybank Brunei hulur sumbangan

Maybank Brunei hulur sumbangan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Maybank Brunei telah menghulurkan dua buah komputer kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam dan SMARTER Brunei sebagai komitmennya terhadap program Pelajar Politeknik Penyayang (3P), Politeknik Brunei, pada majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Maybank Brunei, Kiarong, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar Maybank Berhad Brunei, Lim Yu Kwang yang juga ahli Lembaga Gabenor Politeknik Brunei, kepada Pemegang Amanah Kanan, Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab dan bagi SMARTER Brunei diterima oleh Presidennya, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

Usaha sama Pusat Pembangunan Pelajar dan Inovatif (CSDI), Politeknik Brunei, Pusat Ehsan dan SMARTER Brunei yang dilancarkan Julai lalu itu disokong oleh tiga institusi kewangan di negara ini termasuk Maybank Brunei Sdn Bhd.

Dato Paduka Haji Mohd Alimin (tengah), Lim Yu Kwang (tengah-kanan) bergambar ramai bersama rombongan dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam, SMARTER Brunei dan Politeknik Brunei.
Dato Paduka Haji Mohd Alimin (tengah), Lim Yu Kwang (tengah-kanan) bergambar ramai bersama rombongan dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam, SMARTER Brunei dan Politeknik Brunei.

Ia juga sebagai inisiatif pembangunan strategik Politeknik Brunei dalam mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkepentingan dan institusi swasta.

Komputer yang disumbangkan itu akan digunakan bagi kegunaan pembelajaran dan program kemahiran di kedua-dua institusi berkenaan.

Sumbangan kepada institusi tersebut juga merupakan sebagai tanggungjawab korporat sosial dan sokongan jangka panjang dalam pendidikan di negara ini.

Ia juga sebahagian daripada program Cahaya Kasih, iaitu program sukarelawan Maybank.

ARTIKEL YANG SAMA