Maybank dianugerah bank SME terbaik Brunei

Maybank dianugerah bank SME terbaik Brunei

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Maybank Brunei telah dinobatkan sebagai Bank Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) terbaik di Brunei Darussalam 2015 pada tahun ini oleh Capital Finance International, (CFI.co) United Kingdom. Ia menunjukkan komitmen Maybank Brunei bagi mengukuhkan lagi kehadiran bank tersebut di Brunei dan ekonomi Negara.

Sejak tahun lepas, Maybank Brunei dibawah segmen korporat telah mengalami pertumbuhan berganda, terutamanya dalam pembiayaan perdagangan dan transaksi perbankan.

Menurut Ketua Cawangan Maybank Brunei, juga selaku Pengurus Besar, Lim Yu Kwang berkata Maybank Brunei telah berada di Negara Brunei Darussalam selama 55 tahun dan Maybank sepenuhnya menyediakan perkhidmatan penuh bagi perbankan runcit dan komersil di Brunei.

Maybank Brunei juga telah memperkenalkan Perbankan Premier Wealth tahun lepas yang dikhaskan bagi pelanggan yang bernilai tinggi.

“Ini bukan anugerah pertama yang kami perolehi, walaubagaimanapun menerima anugerah SME sememangnya satu anugerah yang patut dibanggakan”.

Lim Yu Kwang bersama ahli kumpulan Maybank Brunei memegang anugerah yang diperolehi dari CFI.co sebagai satu pencapaian yang patut dibanggakan.
Lim Yu Kwang bersama ahli kumpulan Maybank Brunei memegang anugerah yang diperolehi dari CFI.co sebagai satu pencapaian yang patut dibanggakan.

Menurutnya, pelbagai jenis kriteria yang perlu dipenuhi antaranya dari pertumbuhan kewangan dan kekukuhan, perbezaan, penampilan dan perkhidmatan pelanggan, diikuti dengan sesi temubual dalam proses penilaian akhir.

Lim Yu Kwang menerangkan bahawa hakim-hakim dari CFI.co telah mengulas bahawa “Maybank Brunei menjadi contoh kepada kumpulan korporat yang berkhidmat kepada pelanggan dalam mengikuti kemahuan individu, dan bukan memberi produk yang mungkin diperlukan, selain itu mereka juga menyentuh dedikasi Maybank Brunei yang memberi perkhidmatan terbaik kepada peniaga kecil dan sederhana di Brunei”.

“Sebagai Bank ASEAN di kesemua 10 negara ASEAN dan mempunyai rangkaian dan perhubungan yang membangun, kami memahami ASEAN lebih dari rakan-rakan kami. Kami akan melanjutkan pasaran kami ke Negara China, Hong Kong, India, New York dan London,” katanya.