Maybank Premier Wealth kelola kewangan pelanggan

Maybank Premier Wealth kelola kewangan pelanggan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Maybank Brunei hari ini melancarkan Perkhidmatan Maybank Premier Wealth iaitu segmen perkhidmatan terbaru menyediakan penyelesaian kewangan peribadi lengkap yang direka khusus untuk pelanggan berpendapatan tinggi di Negara Brunei Darussalam.

Pengarah Urusan dan Ketua Wilayah Maybank Brunei, Awang Lim Yu Kwang berkata produk tersebut memberikan pelbagai faedah, termasuk menyediakan kemudahan untuk membantu mengelola ekonomi peribadi pelanggan-pelanggannya.

Beliau berkata, perkhidmatan baru itu bermatlamat untuk menyediakan pengalaman perbankan berlainan kepada pelanggan dengan memberi tumpuan kepada jalinan akrab yang mana pelanggan akan diberi perhatian dan masa yang secukupnya.

“Dengan adanya produk ini, ia juga boleh mengeratkan hubungan lebih akrab supaya Maybank dapat menawarkan produk dan perkhidmatan mengikut keperluan serta aspirasi pelanggan,” tambah beliau.

“Menerusi produk ini, kami mahu menyediakan penyelesaian kewangan lengkap mengikut keperluan pelanggan Maybank Premier Wealth dengan penyelesaian kewangan tersendiri dan komprehensif berdasarkan multitude serantau dan sesuai dengan keperluan unik masing-masing selain layanan perkhidmatan serta ganjaran yang menjadi pilihan mereka.

Pengarah Urusan dan Ketua Wilayah Maybank Brunei, Awang Lim Yu Kwang.
Pengarah Urusan dan Ketua Wilayah Maybank Brunei, Awang Lim Yu Kwang.

“Kami melihat terdapat peluang untuk memperkenalkan perkhidmatan ini berdasarkan kepada potensi dalaman yang ditunjukkan dalam ekonomi negara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

“Produk ini sama seperti produk-produk daripada bank-bank lain, dan ini merupakan salah satu produk pertama bagi Maybank dan ia juga merupakan satu tanda aras untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan Maybank,” tambah beliau lagi.

Turut hadir di majlis pelancaran berkenaan ialah para pegawai dan kakitangan Maybank serta para jemputan.

ARTIKEL YANG SAMA