Maybank selesaikan terbitan nota subordinat

Maybank selesaikan terbitan nota subordinat

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Malayan Banking Bhd (Maybank) telah menyelesaikan terbitan nota subordinat Tier 2 patuh Basel III bernilai RM2.2 bilion, di bawah program nota subordinat RM7 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maybank berkata nota itu adalah untuk tempoh 10 tahun dengan tarikh matang pada 17 Okt 2025.

“Hasil daripada nota subordinat ini akan diguna untuk membiayai modal berbayar, perbankan umum dan tujuan korporat lain-lain Maybank,” katanya.

Nota subordinat yang diberi penarafan ‘AA’ oleh RAM Ratings Services Bhd akan layak sebagai modal Tier 2 Maybank berdasarkan Rangka Kerja Kecukupan Modal Bank Negara Malaysia. – Bernama

p19-2_20151020