Maybank terbit 16 waran pilihan

Maybank terbit 16 waran pilihan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) – Maybank Investment Bank Bhd menerbitkan 16 waran pilihan beli penyelesaian tunai ala Eropah, ke atas saham-saham biasa Bumi Armada Bhd, Dayang Enterprise Holdings Bhd, Dialog Group Bhd, Petronas Chemicals Group Bhd, SapuraKencana Petroleum Bhd dan UMW Oil and Gas Corporation Bhd.

Waran-waran ini akan disenaraikan esok dengan saiz terbitan masing-masing 100 juta, kata bank pelaburan itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata sasaran terbitan itu adalah untuk pelabur canggih yang mahukan keuntungan daripada sektor minyak dan gas yang kerap berubah susulan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengekalkan kadar faedah, sekali gus menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran yang menjejaskan pasaran mata wang dunia.

pg19_151106_a

“Ini merupakan faktor penyumbang yang meningkatkan ketidaktentuan harga-harga saham dalam sektor minyak dan gas,” katanya.

Selain itu, katanya cadangan Venezuela untuk mengurangkan pengeluaran bagi meningkatkan harga pada mesyuarat Negara-negara Pertubuhan Pengeksport Petroleum (OPEC) baru-baru ini juga tidak dilaksanakan, dan penggiat industri kini menunggu mesyuarat OPEC yang akan datang, yang dijangkakan pada 4 Dis, untuk panduan.

ARTIKEL YANG SAMA