Mayweather atlet terkaya

Mayweather atlet terkaya

LOS ANGELES, 11 Jun (AFP) – Floyd ‘Money’ Mayweather menewaskan Manny Pacquiao sekali lagi: petinju dari AS yang belum pernah tewas itu mendahului pesaingnya dari Filipina untuk kedudukan teratas dalam senarai terbaru Forbes bagi tokoh sukan paling tinggi menerima bayaran di dunia.

Mayweather mengungguli senarai untuk tahun kedua berturut–turut dengan kelebihan pendapatan AS$300 juta sejak 12 bulan lalu hasil pertarungan meganya bersama Pacquaio Mei lalu.

Menerusi pertarungan tersebut, Pacquiao di tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan semalam dengan AS$160 juta dalam pendapatan, menyertai Mayweather dan Tiger Woods sebagai ahli sukan yang meraih pendapatan sembilan angka dalam tempoh 12 bulan.

Pertarungan dengan keuntungan tertinggi dalam sejarah, yang menjana keuntungan AS$400 juta, menjana peningkatan sebanyak AS$460 juta dalam pendapatan senarai 2015, kata Forbes.

Menurut perkiraan majalah kewangan – yang mengambil kira gaji, bonus, hadiah kewangan, yuran kemunculan dan anggaran lesen dan pendapatan – 100 kedudukan terbaik memperoleh AS$3.2 bilion sejak 12 bulan lalu.

Floyd Mayweather (kiri) ketika menghadiri final NBA 2015 NBA antara Golden State Warriors dan Cleveland Cavaliers di ORACLE Arena 4 Jun lalu. – AFP
Floyd Mayweather (kiri) ketika menghadiri final NBA 2015 NBA antara Golden State Warriors dan Cleveland Cavaliers di ORACLE Arena 4 Jun lalu. – AFP

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengatasi pesaing dari Barcelona, Lionel Messi bagi kedudukan ketiga dalam senarai dengan Ronaldo mencatatkan AS$79 juta dan Messi AS$73.8 juta.

Pemain tenis Switzerland, Roger Federer berada pada kedudukan kelima dengan purata pendapatan AS$67 juta. Woods masih dalam 10 kedudukan teratas di tangga kesembilan (AS$50.6 juta), biarpun merosot dalam permainannya yang menyaksikan ranking dunianya jatuh ke-181.

Pesaing juara 14 kali utama, Phil Mickelson adalah pemain golf yang menerima bayaran tertinggi pada kedudukan kelapan (AS$50.8 juta) – dengan pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy dari Ireland Utara di tempat ke-12.

ARTIKEL YANG SAMA