Mayweather kalahkan Berto, umum persaraan

Mayweather kalahkan Berto, umum persaraan

LAS VEGAS, 13 Sept (Reuters) – Floyd Mayweather Jr. mengukuhkan kedudukannya di antara petinju-petinju hebat dengan keputusan sebulat suara ke atas petinju senegara dari Amerika Syarikat, Andre Berto semalam dalam apa yang dikatakannya adalah pertarungan terakhir dalam kerjayanya.

Mayweather, 38, dengan mudah menewaskan pesaing mudanya dalam 12 pusingan untuk mengekalkan gelaran WBC dan WBA dan memperbaiki rekod kerjayanya kepada 49-0, yang menyamai kejayaan yang direkodkan oleh bekas juara heavyweight, Rocky Marciano.

Juara dunia divisyen lima, Mayweather mendominasi pertarungan di MGM Grand Garden Arena dengan tumbukan-tumbukan kencangnya, mengawal ruang dan pergerakan di sekeliling gelanggang untuk menamatkan di atas kad kutipan mata dari tiga hakim.

Berto, 30-1 yang menentang salah seorang petinju terbaik sepanjang masa, terjejas kepada 30-4, ketika dia mengalami kekalahan keempatnya dalam tujuh pertarungan.

Mayweather (kanan) melepaskan tumbukan padu ke arah Berto pada pertarungan kejuaraan tinju welterweight WBA/WBC di MGM Grand Garden Arena pada 12 September 2015. – AFP
Mayweather (kanan) melepaskan tumbukan padu ke arah Berto pada pertarungan kejuaraan tinju welterweight WBA/WBC di MGM Grand Garden Arena pada 12 September 2015. – AFP

“Andre Berto mempunyai keberanian, beberapa tumbukan menarik, dia tidak menyerah kalah,” kata Mayweather dalam temu bual di tepi gelanggang selepas berlutut ketika loceng terakhir dibunyikan sebelum melihat ke atas ketika parapeminat merakamkan gambar dengan telefon bimbit mereka.

“Ia adalah pertarungan yang hebat. Saya tahu dia seorang pesaing yang sukar. Pengalaman memainkan peranan malam ini. Dia seorang petinju atletik.

Apa yang boleh saya katakana? Saya adalah petinju terbaik malam ini.