Mayweather pertahan lawan ke-49

Mayweather pertahan lawan ke-49

LOS ANGELES, 7 Ogos (AFP) – Floyd Mayweather semalam membalas kritikan mengenai pesaing pilihannya, Andre Berto untuk pertarungan gelaran di Las Vegas bulan depan yang dijangka bakal menyaksikan beliau menyamai rekod legenda Rocky Marciano 49-0.

Raja welterweight itu menghadapi kritikan hebat sejak mengumumkan awal minggu ini dia akan menghadapi Berto di Las Vegas pada 12 September untuk mengukuhkan kedudukannya dalam buku sejarah.

Tetapi Mayweather yang menyaksikan pertarungannya bersama Manny Pacquiao pada Mei lalu secara meluas dilihat sebagai gagal, menegaskan pertemuannya bersama Berto berbanding pesaing yang lebih berbahaya, juga mempunyai tarikan box 0ffice.

Mayweather juga menolak gambaran bahawa dia seharusnya memilih bekas juara dua kali dunia Amir Khan yang digambarkan pesaing yang lebih kuat dan sentiasa mahu berdepan dengan petinju dari AS itu.

Mayweather dan Berto berdepan di Los Angeles semalam dalam satu sidang akhbar untuk melancarkan pengiraan detik pertarungan. Tiada percakapan remeh ketika sidang akhbar itu semalam tetapi petinju itu tidak bersemuka di depan podium.

Mayweather (kiri) dan Berto ketika sidang akhbar di J.W. Marriott LA Live untuk mengumumkan pertarungan mereka 12 September ini. – Reuters
Mayweather (kiri) dan Berto ketika sidang akhbar di J.W. Marriott LA Live untuk mengumumkan pertarungan mereka 12 September ini. – Reuters

Berto (30-3, 23 Kos) berterima kasih kepada Mayweather untuk peluang itu dan jurulatihnya Virgil Hunter menghabiskan lebih banyak masa di podium untuk memuji Mayweather berbanding bercakap mengenai anak buah sendiri.

Mayweather sementara itu mengetepikan kritikan mengenai keduduk-annya yang berselindung dan persembahan taktikal ke atas Pacquiao awal tahun ini yang gagal untuk menghidupkan pertarungan.

Mayweather sementara itu semalam mengulangi bahawa pertarungan bulan depan adalah pertarungan akhirnya – dakwaan yang tidak dilihat serius oleh beberapa pengulas yang menyatakan dia akan kalis godaan bagi peluang memperoleh bayaran lumayan untuk mencatat rekod 50-0.

ARTIKEL YANG SAMA