Mayweather: T...

Mayweather: Tiada persetujuan

LOS ANGELES, 15 Feb – Floyd Mayweather menamatkan segala khabar angin mengenai persetujuan untuk bertarung dengan bintang seni mempertahankan diri Conor McGregor, yang menegaskan dia gembira untuk terus bersara.

Petinju dari Amerika Syarikat (AS) itu, 39, menjelaskan dalam media sosial menerusi akaun Instagram miliknya lewat semalam, yang menyatakan peminatnya dia mahu untuk mencipta rekod.

“Di sana terdapat beberapa khabar angin yang berlaku dalam media baru-baru ini, biar rekod menunjukkan, tidak terdapat sebarang persetujuan di buat untuk bertarung diantara saya dan petinju lain. Saya gembira bersara dan menikmati kehidupan pada ketika ini. Jika terdapat sebarang perubahan, pastikan saya adalah yang pertama untuk memaklumkan dunia.”

Kenyataan Mayweather itu mungkin ikhlas atau tidak. Dia tahu pada masa lalu untuk kerap mengelirukan kebenaran pengumuman beberapa kali di mana pertarungan itu adalah yang terakhirnya, hanya untuk menggunakan helah itu sebagai alat untuk mencuba dan menjual lebih banyak tiket.

Gambar fail pada 14 Januari 2017 menunjukkan reaksi petinju dari  Amerika Syarikat yang sudah bersara, Floyd Mayweather ketika menyaksikan pertarungan pusingan ketiga kejuaraan ‘junior lightweight’. – AP
Gambar fail pada 14 Januari 2017 menunjukkan reaksi petinju dari Amerika Syarikat yang sudah bersara, Floyd Mayweather ketika menyaksikan pertarungan pusingan ketiga kejuaraan ‘junior lightweight’. – AP

Kemungkinan pertarungan di antara petinju Mayweather dan McGregor dilihat meningkat ketika bos Ultimate Fighting Championship, Dana White berkata dia akan membayar AS$25 juta kepada setiap seorang.

White, presiden bagi jenama gabungan seni mempertahankan diri UFC di mana bintang dari Ireland, McGregor, dilihat untuk menyatakan dalam ulasannya dalam badan penyiaran radio Fox bahawa keduanya akan bertemu dalam gelanggang tinju, bukan UFC.

Mayweather, yang bersara pada 2015 dengan rekod sempurna, 49-0, digambarkan salah seorang peninju terhebat sepanjang masa. McGregor tidak pernah bertarung dalam pertarungan tinju professional.

McGregor menjadi lelaki yang pertama untuk memenangi gelaran UFC berturut-turut dalam dua divisyen berat badan apabila menewaskan Eddie Alvarez di New York 12 November. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA