Mayweather ubah fikiran

Mayweather ubah fikiran

LOS ANGELES, 8 Mei (AFP) – Floyd Mayweather melabel Manny Pacquiao sebagai seorang ‘yang tewas’ dan penakut sambil berkata dia tidak akan menangguhkan rancangan persaraannya semata-mata untuk memberikan ikon Filipina itu pertarungan ulangan tahun depan.

Dan dia menolak dakwaan Pacquiao cedera dalam kemenangan sebulat suara Mayweather Sabtu lalu bagi dan petinju AS itu menggelarnya ia adalah satu ‘alasan, alasan, alasan.’

Mayweather melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 48-0 di Las Vegas dengan keputusan sebulat suara 12 pusingan ke atas Pacquiao untuk gelaran dunia welterweight yang paling lumayan dalam sejarah tinju.

Dalam temu bual yang direkodkan minggu ini dan akan ditayangkan dalam televisyen Showtime esok, Mayweather berkata dia memang menghantar teks kepada Stephen A. Smith dari ESPN untuk pertarungan semula dengan Pacquiao tetapi telah menukar pendapatnya.