Mazlan juara liga Petanque bagi bulan September

Mazlan juara liga Petanque bagi bulan September

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Mazlan bin Haji Yahya muncul juara setelah menewaskan Abdul Afiq bin Abdul Aziz dengan keputusan mata 13–3 dalam Liga Petanque Brunei 2016 bagi bulan September, yang berlangsung di Gelanggang Sukan Petanque, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, baru-baru ini.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Presiden Persekutuan Petanque Brunei Darussalam, Haji Abdul Karim bin Haji Ahmad.

Pemenang tempat ketiga diraih oleh Rani bin Saidin setelah menewaskan Surtini binti Haji Abidin dengan mata 13–2 yang terpaksa akur di tempat keempat.

Sebanyak 28 orang pemain yang dibahagikan kepada lapan kumpulan bagi pusingan awal dan seterusnya 16 pemain layak ke pusingan kedua dan seterusnya lapan pemain mara ke perlawanan pusingan ketiga. Seterusnya empat pemain terbaik masuk ke perlawanan separuh akhir bagi kedudukan satu hingga empat.

Mazlan kini mendahului kedudukan mata terkumpul liga yang bermula sejak Julai lalu itu dengan mengumpul 45 mata, diikuti Azmi Eddy bin Mohd Harris dengan 36 mata dan Masli bin Haji Said juga mengumpul 36 mata.

Gambar ramai antara pemenang Liga Petanque Brunei bagi bulan September.
Gambar ramai antara pemenang Liga Petanque Brunei bagi bulan September.

ARTIKEL YANG SAMA