MBB anjur kejohanan futsal 4 Dis depan

MBB anjur kejohanan futsal 4 Dis depan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Majlis Belia Brunei (MBB) akan menganjurkan kejohanan futsal bermula 4 hingga 6 Disember 2015 bertempat di Dewan Sukan, Jabatan kerja Raya (JKR).

Kejohanan itu dibuka bagi penyertaan 32 pasukan dengan para peserta berusia di antara 18 hingga 35 tahun.

Tujuan acara tersebut bukan sahaja untuk mengutip dana bagi Majlis Belia Brunei, tetapi juga memberi peluang belia untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam permainan futsal, selain menyediakan aktiviti untuk para pelajar sepanjang musim cuti sekolah.

Dengan mempromosi sukan itu, ia menggalakkan belia untuk menjalani gaya hidup sihat dan pada masa yang sama memantapkan silaturahim serta semangat berpasukan melalui sukan.

Tempoh pendaftaran dan pembayaran akan mula dibuka pada 6 November manakala yuran pendaftaran ialah $70 bagi pasukan yang membabitkan lapan orang.

Borang pendaftaran boleh didapati dari pejabat MBB di No. 8, Block C3 Simpang 32-5, Flat Anggerek Desa, pada waktu pejabat.

Tiga pemenang teratas akan menerima hadiah trofi, pingat, sijil dan wang tunai masing-masing $300, $200 dan $100.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara itu boleh melayari laman sesawang MBB di alamat bruneiyouthcouncil.com atau menghubungi Fahiimul melalui talian 8839695 atau e-mel info@bruneiyouthcouncil.com.