McCafe perkenal minuman dan kek baru

McCafe perkenal minuman dan kek baru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jan – Pelanggan yang menggemari minuman di McCafe kini boleh mencuba minuman terbaru Hazelnut Latte dan Caramel Latte yang dijadikan sebagai menu tetap mereka.

Sementara itu, McCafe turut memperkenalkan kek Red Velvet bagi para penggemar hidangan pencuci mulut dan boleh didapati bermula hari ini sehingga stok masih ada.

Mana-mana pelanggan yang berkunjung ke McCafe, McDonald Gadong dan membuat pembelian McCafe bernilai $10, mereka juga akan menerima McCafe Tumbler percuma.

Hazelnut Latte dan Caramel Latte serta kek Red Velvet yang boleh didapati di McCafe sekarang.
Hazelnut Latte dan Caramel Latte serta kek Red Velvet yang boleh didapati di McCafe sekarang.

ARTIKEL YANG SAMA