McCann pengur...

McCann pengurus baru Dundee

GLASGOW, 19 April – Neil McCann dilantik sebagai pengurus sementara pasukan Liga Perdana Scotland Scotland (SPL), Dundee sehingga akhir musim, kata kelab tersebut semalam.

Bekas pemain sayap Scotland dan Dundee itu akan bertukar studio televisyen, di mana dia menempah nama sebagai pengulas bola sepak ketika berusaha untuk mengekalkan kelab Den Park itu dalam kelompok teratas.

Dia menggantikan Paul Hartley yang dipecat pada Isnin lalu selepas kekalahan 2-0 di gelanggang sendiri kepada Hamilton untuk kekalahan ketujuh berturut-turut.

Keputusan itu meninggalkan Dundee berada di dua tangga tercorot dalam persaingan kelompok teratas Scotland, lima mata di atas Inverness dengan baki lima perlawanan.

Kelab tercorot pada akhir musim akan disingkirkan, dengan dua pasukan terbawah akan ditentukan nasib melalui play-off.

Bagi beberapa minggu terakhir musim, SPL yang dibahagikan kepada dua dengan perlawanan Dundee di bawah McCann akan menentang Motherwell pada Sabtu.

“Ia bukanlah risiko besar bagi saya, ia mungkin risiko besar bagi kelab kerana saya tidak berada dalam tugas itu sebelum ini tetapi saya menghargai peluang tersebut. Saya tidak akan memandang mudah,” kata McCann yang berusia 42 tahun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA