McCourt bincang beli Marseille

McCourt bincang beli Marseille

MARSEILLE, 30 Ogos – Ahli perniagaan AS Frank McCourt, bekas pemilik pasukan besball Los Angeles Dodgers, semalam memasuki perbincangan eksklusif untuk mendapatkan kelab bola sepak Marseille.

McCourt melengkapkan persetujuan dalam mesyuarat dengan pemilik sekarang, Margarita Louis-Dreyfus, yang akan mengekalkan pegangan saham minoriti, dan datuk bandar Marseille, Jean-Claude Gauldin, berkata selepas itu bahawa masih terdapat proses yang sedang dijalankan yang akan membawa kepada pengambilalihan dilengkapkan sebelum akhir tahun ini.

Sumber yang rapat dengan Louis-Dreyfus berkata, persetujuan itu akan diselesaikan dalam tempoh satu sehingga tiga bulan.

“Sebagai sebahagian Olympique De Marseille (OM) dan membantu kelab mencapai kejayaan di dalam dan luar padang, adalah satu penghormatan dan kelebihan bagi saya dan keluarga saya,” kata McCourt.

“OM bukan sahaja salah sebuah kelab tertua dan paling dihormati di dunia tetapi OM adalah satu-satunya kelab dari Perancis yang memenangi Liga Juara-Juara UEFA dan ia adalah salah satu jenama paling ikonik dalam semua sukan.

marseille

“OM menikmati sokongan dari peminat-peminat di Marseille, seluruh Perancis dan dunia.”

McCourt menambah: “Sebagai pengelola OM, hasrat saya adalah untuk membantu kelab kembali ke rentak kejuaraan, untuk memberikan yang terbaik kepada peminat, untuk mengukuhkan hubungan kelab bersama penyokong dan Bandaraya Marseille dan membimbing kelab melalui kestabilan kewangan jangka masa panjang.”

Jika McCourt berjaya menjadi pemilik Marseille yang baru, dia akan menjadi ahli perniagaan AS terbaru yang mengambil alih kelab bola sepak Eropah.

Di Britain, ahli perniagaan John Henry memiliki Liverpool, keluarga Glazer memiliki Manchester United, pelabur Ellis Short adalah presiden Sunderland dan ushawan Stanley Kroenke pula memiliki pegangan saham majoriti di Arsenal. – AFP