McCoy, Law, Froome antara penerima anugerah Ratu Elizabeth

McCoy, Law, Froome antara penerima anugerah Ratu Elizabeth

LONDON, 31 Dis (Agensi) – Atlet Joki Tony McCoy, bekas penyerang Manchester United Denis Lawa, pemenang dua kali Jelajah Perancis Chris Froome, dan juara snuker dunia lima kali Ronnie O’Sullivan adalah di antara tokoh sukan United Kingdom yang akan diberikan penghormatan oleh Ratu Elizabeth dalam senarai Tahun Barunya.

McCoy, yang bersara tahun ini selepas menang 20 gelaran kejuaraan joki berturut-turut dan rekod perlumbaan 4,358 dalam kerjaya 23 tahun, telah diiktiraf atas perkhidmatannya dalam perlumbaan lumba kuda. Dia merupakan joki kedua yang akan diberi gelaran ‘Sir’, selepas Gordon Richards pada 1953.

Sementara Law yang berusia 75 tahun, yang bermain untuk United dari 1962-73 dan sebahagian daripada ‘Holy Trinity’ kelab tersebut bersama George Best dan Bobby Charlton, dianugerahkan ‘Commander of the Order of the British Empire (CBE)’ atas perkhidmatannya kepada bola sepak dan projek amal.

Froome dianugerahkan ‘Officer of the Order of British Empire (OBE)’ selepas menjadi penunggang Britain pertama untuk memenangi Jelajah Perancis kali kedua pada Julai lalu.

O’Sullivan juga dianugerahkan OBE melalui jasanya dalam sukan snuker, yang telah memenangi juara dunia lima kali, baru-baru ini pada 2013 dan menjadi nama ‘box office’ di arena sukan.

ARTIKEL YANG SAMA