McCully bincang isu-isu Pasifik, PBB di China

McCully bincang isu-isu Pasifik, PBB di China

WELLINGTON, 13 Okt – Menteri Luar New Zealand Murray McCully akan ke Beijing pada minggu ini bagi membincangkan pelbagai isu-isu antarabangsa.

McCully berkata hari ini dalam satu kenyataan bahawa beliau akan membincangkan isu-isu termasuk kerjasama di Pasifik dan perkara-perkara mendatang sebelum berangkat ke Majlis Keselamatan PBB.

“New Zealand mempunyai hubungan yang penting dengan China, sebagai sebuah daripada pasaran eksport terbesar kita dan sebagai rakan kongsi di rantau Asia Pasifik,” kata McCully dalam kenyataan itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA