McD bakal miliki cawangan kedua

McD bakal miliki cawangan kedua

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – McDonald’s Brunei bakal mempunyai cawangan kedua yang juga merupakan cawangan pandu lalu pertamanya di Brunei dengan pembinaan McDonald’s Jerudong Park Drive-Thru di Taman Permainan Jerudong Park.

Sehubungan itu, majlis peletakan batu asas projek berkenaan telah diadakan hari ini, dan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan, Haji Abu Bakar bin Haji Ibrahim selaku Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah Jerudong Park Country Club, Awang Abdul Latiff bin POKSS DP Haji Mohd Yusof, warga pengurusan Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd (francais McDonald’s di Brunei) dan Jerudong Park Country Club Sdn Bhd serta para pegawai Darussalam Asset.

Projek McDonald’s Jerudong Park Drive-Thru ini mempunyai keluasan tanah satu ekar dengan projek pembinaan ini memakan masa selama enam bulan yang mana ia dijangka siap pada 28 April 2016.

Haji Abu Bakar semasa menyempurnakan peletakan batu asas di majlis itu.
Haji Abu Bakar semasa menyempurnakan peletakan batu asas di majlis itu.

Pengurus Besar, McDonald’s Brunei, Awang Mohamad Al-Fatah bin Haji Seruji semasa ditemui media berkata, projek ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada orang ramai yang tinggal jauh di samping sebagai kerjasama dengan Jerudong Park.

Sebaik sahaja siap, cawangan McDonald’s Brunei Jerudong ini nanti akan turut menyediakan bilik-bilik sembahyang bagi pengunjung, tempat permainan kanak-kanak, tempat letak kereta dan juga McCafe.

Ia akan dapat menampung hampir 200 orang dengan memberikan ruang makan di kawasan luar bagi para pelanggan.

ARTIKEL YANG SAMA