McD ceriakan warga Pusat Ehsan

McD ceriakan warga Pusat Ehsan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun McDonald’s Brunei ke-23 dan Ulang Tahun McCafe yang pertama, kanak-kanak istimewa dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, telah dihiburkan dengan penampilan ‘Chief Officer of Happiness’, Ronald McDonald di pusat berkenaan, pagi tadi.

Hadir pada acara itu ialah Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemegang Amanah Perancangan dan Dasar pusat berkenaan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman dan Pemangku Pengurus Am McDonald’s Brunei, Awang Mohd Al-Fatah bin Haji Seruji.

Acara diserikan lagi dengan aktiviti ramah mesra Ronald McDonald bersama kanak-kanak istimewa dan memotong kek Ulang Tahun McDonald’s Brunei serta bergambar ramai.

Sementara itu, pada sebelah petang pula, sambutan diadakan di McDonald, Gadong, dengan penampilan Ronald McDonald’s untuk beramah mesra bersama para pelanggan.

Kanak-kanak istimewa dari Pusat Ehsan bergambar ramai bersama Ronald McDonald.
Kanak-kanak istimewa dari Pusat Ehsan bergambar ramai bersama Ronald McDonald.
Penyampaian replika cek kepada wakil Dana Pengiran Muda Makhota Al-Muhtadee Billah.
Penyampaian replika cek kepada wakil Dana Pengiran Muda Makhota Al-Muhtadee Billah.
Antara aktiviti yang diadakan semasa sambutan itu.
Antara aktiviti yang diadakan semasa sambutan itu.

Acara berkenaan turut menyaksikan penyampaian replika cek untuk anak-anak yatim oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan, Haji Abu Bakar bin Haji Ibrahim selaku Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd kepada Pegawai Eksekutif Dana Pengiran Muda Makhota Al-Muhtadee Billah, Awang Samsudin bin Haji Puasa.

Sambutan di McDonald’s juga diserikan dengan acara memotong kek dan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik termasuk melukis muka, pertandingan mewarna, pondok gambar dan juga aktiviti zumba.