McD kembali dengan burger ayam kegemaran ramai

McD kembali dengan burger ayam kegemaran ramai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Chicken Prosperity Burger yang menjadi kegemaran ramai kembali lagi di McDonald’s Brunei dan boleh didapati di cawangannya di Gadong bermula hari ini.

Burger ayam mengetengahkan pati ayam yang disaluti dengan lada sulah dan bawang putih. Ia boleh didapati dengan satu atau dua keping pati ayam iaitu Double Chicken Properity Burger.

Kedua-duanya boleh didapati secara ala carte atau set meal yang didatangkan bersama kentang goreng Twister atau kentang goreng biasa tanpa caj bayaran dan minuman Prosperity McFizz.

Hidangan ini boleh didapati sehingga stok masih ada dan boleh dinikmati di restoran, bawa balik atau penghantaran.

Double Chicken Prosperity Burger (kiri) dan Chicken Prosperity Burger  (kanan). – Gambar Muiz Matdani
Double Chicken Prosperity Burger (kiri) dan Chicken Prosperity Burger (kanan). – Gambar Muiz Matdani

ARTIKEL YANG SAMA