McD perkenal dua hidangan baru

McD perkenal dua hidangan baru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – McDonald’s Brunei (McD) julung-julung kalinya hari ini telah memperkenalkan promosi hidangan terbaru mereka iaitu ‘Sweet Potato Fries’ dan ‘Mango Mania’ yang boleh didapati bermula esok (14 September) di kedua-dua cawangannya, McDonald’s Gadong dan McDonald’s pandu lalu, Jerudong.

Sweet Potato Fries merupakan kentang goreng terbaru boleh didapati sama ada ala carte dengan saiz sederhana dan besar dan pelanggan juga boleh menukar kentang goreng biasa mereka dengan kentang terbaru ini dengan caj tambahan.

Manakala Mango Mania pula merupakan hidangan pencuci mulut dengan para pelanggan boleh memilih sama ada Mango Sundae atau Mango McFlurry.

Kedua-dua hidangan baru itu boleh diperoleh di kedua-dua cawangan McDonald’s selagi stok masih ada.

‘Sweet Potato Fries’ dan ‘Mango Mania’ yang boleh didapati bermula hari ini di kedua-dua cawangan McDonald’s.
‘Sweet Potato Fries’ dan ‘Mango Mania’ yang boleh didapati bermula hari ini di kedua-dua cawangan McDonald’s.