McD perkenal hidangan terbaru

McD perkenal hidangan terbaru

Oleh  Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Restoran makanan segera, McDonald’s Brunei telah menampilkan hidangan terbaru dinamakan ‘The Hawaiian Deluxe – Chicken’ yang kini boleh didapati di McDonald’s Gadong dan McDonald’s Pandu Lalu, Jerudong bermula 5 Oktober semasa waktu beroperasi dan sehingga stok masih ada.

Burger itu menampilkan sekeping pati ayam, salad dan keju serta kepingan nanas dengan sos Aloha yang unik, boleh didapati secara ala carte atau set bersama kentang goreng dan minuman berkarbonat, malah juga boleh ditukar kepada hidangan bersaiz besar dengan pembayaran tambahan.