McD perkenal pembungkusan The Angry Birds

McD perkenal pembungkusan The Angry Birds

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd yang menaungi restoran makanan segera McDonald’s Brunei kini bekerjasama dalam memberikan pembungkusan menarik yang bercirikan filem animasi ‘The Angry Birds’ yang sedang dimainkan di pawagam ketika ini.

Antara pakej pembungkusan The Angry Birds ialah seperti kotak bagi hidangan Happy Meals, McNuggets, Pie dan juga cawan McFlurry.

Manakala itu, pelanggan yang memesan hidangan Happy Meal, mereka kini boleh mendapatkan set permainan Angry Birds yang mana setiap hari Khamis akan dilancar dua permainan terbaru.

Pakej pembungkusan yang bertemakan The Angry Birds bersama sos terbaru McNuggets Dips French Cheese dan Black Pepper.
Pakej pembungkusan yang bertemakan The Angry Birds bersama sos terbaru McNuggets Dips French Cheese dan Black Pepper.

Bagi mana-mana pelanggan yang membuat pembelian enam, sembilan atau 20 ketul McNuggets akan layak memiliki pakej pembungkusan The Angry Birds dengan sos celup terbaru iaitu McNuggets Dips French Cheese dan Black Pepper.

Selain Banana Pie juga kembali atas permintaan ramai sehingga stok masih ada, McDonald’s Brunei turut memperkenalkan aiskrim Reese’s Peanut Butter McFlurry dan Mini Reese’s Sundae.

ARTIKEL YANG SAMA