McDonald sokong reformasi bebas FIFA

McDonald sokong reformasi bebas FIFA

pg21_150808_dZURICH, 7 Ogos (Reuters) – McDonald telah menyertai Coca-Cola dan Visa menggesa FIFA untuk menerima pakai satu suruhanjaya pembaharuan bebas sebagai tindak balas kepada skandal rasuah yang menyelubungi badan pentadbir bola sepak dunia itu, menurut sebuah kumpulan yang berkempen.

Ramai pengkritik menyatakan keraguan terhadap Pasukan Petugas Khas dalaman FIFA mampu memacu perubahan radikal yang diperlukan untuk memulihkan keyakinan dalam badan itu.

Kumpulan New FIFA Now telah menerbitkan e-mel jurucakap McDonald semalam memberitahu gergasi makanan segera itu menyokong pembentukan sebuah badan bebas.

“Berkenaan dengan sebuah suruhanjaya pembaharuan bebas, kami percaya ini adalah satu langkah penting dalam pembaharuan lebih besar yang perlu dalam FIFA,” kata naib presiden hubungan media dan pengurusan isu McDonald, Heidi Barker Sa Shekhem, dalam satu e-mel yang diterbitkan di dalam laman web kumpulan dan suatu salinan yang disediakan kepada Reuters.

“Suruhanjaya bebas akan membawa kredibiliti kepada tahap yang sepatutnya dengan ketelusan dan peranan berkecuali akhirnya menyediakan keyakinan kepada penaja dan peminat di seluruh dunia bahawa usaha pembaharuan amat bermakna dan satu langkah ke arah yang betul.”