McDonald’s Brunei perkenal menu terbaru

McDonald’s Brunei perkenal menu terbaru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Restoran makanan segera, McDonald’s Brunei semalam telah menampilkan hidangan pencuci mulut terbaru iaitu McFlurry Mata Kucing dan juga Sundae Mata Kucing yang boleh didapati di McDonald’s Gadong.

Pelanggan juga boleh menikmati juadah berbuka puasa dengan mencuba kek-kek terbaru McDonald’s, Kek Seri dengan tiga perisa berbeza iaitu Kurma, Kelapa Pandan dan juga Gula Hangus.

Sepanjang bulan Ramadan ini, McDonald’s akan beroperasi bermula pada hari Isnin sehingga Khamis pada jam 11 pagi sehingga 12 tengah malam dan hari Jumaat, bermula pada jam 3 petang sehingga 1 pagi.

Manakala, pada hari Sabtu dan malam sebelum cuti umum pula akan bermula pada jam 11 pagi sehingga 1 pagi.

McFlurry Mata Kucing dan juga Sundae Mata Kucing yang boleh didapati di McDonald’s Gadong.
McFlurry Mata Kucing dan juga Sundae Mata Kucing yang boleh didapati di McDonald’s Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA