McDonald’s buka cawangan pandu lalu

McDonald’s buka cawangan pandu lalu

Oleh Pg Fairol RMF & Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – McDonald’s Brunei kini mempunyai cawangan keduanya yang juga cawangan pandu lalu pertamanya di negara ini dengan pembukaan McDonald’s Jerudong Park Drive-Thru di Taman Permainan Jerudong, kelmarin.

Pengurus Operasi McDonald’s, Awang Sahrizam bin Haji Samat berkata, McDonald’s sudah mencapai 24 tahun di Brunei Darussalam dan kini McDonald’s Brunei membuka cawangan pandu lalu McDonald’s, yang sudah terkenal di Malaysia, untuk keselesaan pelanggan.

“Dengan adanya pandu lalu ini, McDonald’s dapat memberi perkhidmatan lebih kepada pelanggan dan memberi kemudahan kepada mereka terutama yang ingin membeli makanan McD secara langsung.

“Pelanggan yang berada di restoran itu juga akan menyaksikan persekitaran reka bentuk moden dengan melambangkan lukisan keindahan Negara Brunei Darussalam,” tambahnya.

Manakala itu, Pengurus Besar Restoran McDonald’s Jerudong Park Drive-Thru, Dayang Hartini binti Haji Hussin semasa ditemui pihak Media Permata, semalam, menyatakan bahawa sejak pembukaannya pada jam 1 petang, sambutan orang ramai adalah begitu baik dan sangat menggalakkan.

Pemandangan hadapan premis baru McDonald’s di Jerudong.
Pemandangan hadapan premis baru McDonald’s di Jerudong.

Rata-rata pelanggan juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba perkhidmatan pandu lalu di mana para pelanggan boleh memilih menu dan memesan menu mereka melalui ‘Order Taker’ dan kemudian membuat pembayaran di kaunter tempat pembayaran dan disusuli dengan kaunter mengambil makanan.

Cawangan baru ini, yang dapat menampung lebih 200 orang dengan ruang makan luar, turut menyediakan bilik-bilik sembahyang untuk pengunjung, tempat permainan kanak-kanak, tempat letak kereta dan juga McCafe.

Pelanggan mendapatkan makanan di bahagian pengambilan.
Pelanggan mendapatkan makanan di bahagian pengambilan.

Sempena dengan pembukaan ini, kakitangan McDonald’s telah mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Adi Zekwan Mohd Addly.

Dalam bulan Ramadan ini, cawangan pandu lalu ini dibuka bermula 11 pagi sehingga 12 malam bagi Ahad sehingga Khamis, manakala itu, pada hari Jumaat ia akan dibuka dari jam 3 petang sehingga 1 pagi dan 11 pagi sehingga 1 pagi bagi hari Sabtu dan malam sebelum cuti awam.

Manakala itu, sempena bulan Ramadan ini, pelanggan yang memiliki stiker pandu lalu dari McD dan membuat pembelian $20 ke atas akan menerima kentang goreng berukuran sederhana secara percuma.

Setiap pembelian value meal berukuran besar pula akan menerima paket raya McDonald’s dan setiap pembelian $30 ke atas akan menerima beg tenunan McDonald’s.

ARTIKEL YANG SAMA