McDonald’s dihiasi tema Hawaii

McDonald’s dihiasi tema Hawaii

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Bersempena dengan meraikan pelancaran ‘The Hawaiian Deluxe Chicken’, hari ini, restoran makanan segera, McDonald’s Brunei telah menampilkan wajah baru yang dihiasi dengan elemen-elemen Hawaii di kedua-dua cawangannya bagi memberikan suasana yang lebih ceria dan bertepatan dengan tema hidangan burger terbaru berkenaan.

Dekorasi yang bertemakan Hawaii ini juga diadakan sebagai satu pertandingan sihat di antara cawangan McDonald’s Gadong dan McDonald’s Pandu Lalu, Jerudong di mana setiap cawangan ini akan dihakimi oleh pihak pengurusan mereka sendiri bagi dekorasi yang paling hebat, menarik perhatian dan bertepatan dengan tema yang diberikan.

Burger ini menampilkan sekeping pati ayam, salad dan keju serta kepingan nanas dengan sos Aloha yang unik, boleh didapati secara ala carte atau set bersama kentang goreng dan minuman berkarbonat, malah juga boleh ditukar kepada hidangan bersaiz besar dengan pembayaran tambahan.

Burger terbaru ini bolehlah didapati hari ini di McDonald’s Gadong dan McDonald’s Pandu Lalu, Jerudong semasa waktu beroperasi dan sehingga stok masih ada.

Kaunter McDonald’s dihiasi dengan elemen bertemakan Hawaii.
Kaunter McDonald’s dihiasi dengan elemen bertemakan Hawaii.
Pelanggan yang datang boleh merasai hidangan ‘The Hawaiian Deluxe Chicken’ yang bersesuaian dengan hiasan di kedua-dua cawangan McDonald’s Brunei.
Pelanggan yang datang boleh merasai hidangan ‘The Hawaiian Deluxe Chicken’ yang bersesuaian dengan hiasan di kedua-dua cawangan McDonald’s Brunei.
Sentuhan hiasan yang diusahakan oleh para kakitangan McDonald’s Brunei.
Sentuhan hiasan yang diusahakan oleh para kakitangan McDonald’s Brunei.