McDonald’s labur lebih AS$550 juta bagi pengubahsuaian

McDonald’s labur lebih AS$550 juta bagi pengubahsuaian

BERLIN, 4 Julai – Rangkaian makanan segera McDonald’s berkata ia telah melaburkan 500 juta euro (AS$557 juta) bagi memodenkan lagi restoran-restorannya di Jerman.

Syarikat itu berkata hari ini sebanyak 72 ‘restoran pada masa hadapan’ akan mula menawarkan burger ditempah khas, kawasan tempat bermain kanak-kanak malah perkhidmatan ke meja.

Beberapa pembaharuan, seperti pilihan baru ‘buat Mac anda’ yang mana para pelanggan boleh memilih bahan mereka sendiri, yang sudah dilakukan di Asia dan bandar-bandar Amerika Utara. McDonald’s berkata kebanyakan cawangannya di 1,472 tempat di Jerman akan direka semula pada penghujung 2019.

Syarikat itu mempunyai hasil pendapatan sekitar 3.08 bilion euro di Jerman pada 2015.

McDonald’s sedang melihat persaingan memuncak dari restoran-restoran gourmet burger di mana-mana bandar Jerman. – AP