McDonald’s perkenal bubur beras tempatan

McDonald’s perkenal bubur beras tempatan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – McDonald’s Brunei kini memperkenalkan hidangan terbaru yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga iaitu ‘Bubur Laila McD’ yang boleh didapati di kedua-dua cawangannya di negara ini seawal jam 7 pagi.

Hidangan bubur ini merupakan Bubur Ayam McD yang dikenali ramai dan kini ia dibuat dengan menggunakan beras tempatan iaitu Beras Laila sebagai sokongan kepada beras tempatan yang juga berkualiti daripada segi khasiat, bahkan lebih kaya daripada segi protein tanpa tambahan kimia berbanding beras lain.

Bubur Laila mempunyai rasa tersendiri dan sesuai bagi hidangan beramai-ramai atau sebagai pemberian kepada rakan dan saudara terdekat.

Orang ramai yang ingin mencuba hidangan terbaru ini bolehlah berkunjung ke cawangan McDonald’s Gadong atau McDonald’s Pandu Lalu, Jerudong yang boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu keluarga, besar dan kecil pada harga yang berpatutan.

Hidangan Bubur Laila McD yang sesuai untuk dijamu oleh seisi keluarga.
Hidangan Bubur Laila McD yang sesuai untuk dijamu oleh seisi keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA