McDonald’s perkenal Bubur Laila

McDonald’s perkenal Bubur Laila

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Restoran makanan segera McDonald’s Brunei menampilkan promosi terbarunya iaitu ‘Bubur Laila’ yang boleh didapati di kedua-dua cawangannya, McDonald’s Gadong dan McDonald’s pandu lalu, Jerudong.

Hidangan bubur ini merupakan bubur ayam McD yang dikenali ramai dan kini ia dibuat dengan menggunakan beras tempatan iaitu Beras Laila.

Bubur Laila McD ini bolehlah didapati dalam pelbagai saiz iaitu keluarga, besar dan kecil pada harga berpatutan bermula pada 11 September nanti seawal jam 7 pagi.

Bubur Laila hidangan baru McDonald’s yang menggunakan beras tempatan, Beras Laila.
Bubur Laila hidangan baru McDonald’s yang menggunakan beras tempatan, Beras Laila.