McDonald’s perkenal menu terbaru

McDonald’s perkenal menu terbaru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Bersempena bulan Ramadan ini, Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd yang menaungi restoran makanan segera McDonald’s Brunei hari ini memperkenalkan menu terbarunya,‘Mashwi Foldover Beef’ yang kini boleh didapati di McDonald’s, Gadong.

Hidangan ini menampilkan dua keping pati daging panggang yang disaluti sos cili Harissa, hirisan bawang dan tomato bersama salad segar yang dibalut dengan roti Arab nipis.

Mashwi ini boleh didapati secara set dengan minuman teh ais lemon dan kentang goreng atau secara ala carte. Bagi para pelanggan yang berminat bolehlah berkunjung terus ke McDonald’s Gadong selagi stok masih ada.

Mashwi Foldover Beef yang boleh didapati di McDonald’s sekarang.
Mashwi Foldover Beef yang boleh didapati di McDonald’s sekarang.

ARTIKEL YANG SAMA