McDonald’s rai warga media

McDonald’s rai warga media

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd yang menaungi restoran makanan segera McDonald’s Brunei hari ini menghargai warga media atas sokongan mereka selama ini.

Kira-kira 20 orang warga Media Permata terdiri daripada pemberita, sub-editor dan pembaca pruf diraikan dengan hidangan makanan McDonald’s, yang juga diserikan dengan permainan yang menarik.

Pemangku Pengarah Urusan McDonald’s, Awang Mohamad Al-Fatah bin Haji Seruji dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa terima kasih dan menghargai kehadiran warga media pada majlis itu.

Beliau berharap acara seperti ini akan merapatkan lagi hubungan antara warga media dan McDonald’s serta akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Salah seorang warga media menerima hadiah daripada McDonald’s setelah menyertai salah satu permainan menarik.
Salah seorang warga media menerima hadiah daripada McDonald’s setelah menyertai salah satu permainan menarik.

ARTIKEL YANG SAMA