McDonald’s tampil hidangan pedas

McDonald’s tampil hidangan pedas

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd selaku francais McDonald’s Brunei, kelmarin, telah melancarkan promosi terbaru mereka, ‘Spice up Your Ramadan’.

Promosi itu menampilkan Ayam Goreng Pedas McD, Ayam Pedas McDeluxe, dan Double Spicy McDeluxe dengan dua hidangan baru iaitu Bubur Ayam Pedas dan Burger Grand Spicy Chicken yang akan berlangsung sehingga Ramadan dan sehingga stok masih ada.

Kesemua hidangan ini disertakan dengan kentang goreng dan juga minuman baru, Passion McFizz.

Promosi ini sangat sesuai bagi penggemar hidangan pedas dan mereka boleh mendapatinya di McDonald Gadong bermula jam 11 pagi.

Promosi ‘Spice up Your Ramadan’.
Promosi ‘Spice up Your Ramadan’.

ARTIKEL YANG SAMA