McDowell juara OHL Classic

McDowell juara OHL Classic

PLAYA DEL CARMEN, Mexico, 17 Nov (AFP) – Graeme McDowell berkata dia berharap kemenangan Jelajah PGA pertamanya dalam lebih dari dua tahun boleh bertindak sebagai batu loncatan terhadap kejayaan kejohanan Utama semalam selepas mencatatkan kemenangan play-off dalam OHL Classic di Mayakoba.

Pemain dari Ireland Utara itu, 36, melalui musim 2015 yang teruk, gagal untuk menyudahkan 10 tangga terbaik sambil menyaksikan ranking dunianya jatuh kepada 80, jauh dari kedudukan teratasnya di tempat keempat pada 2011.

Tetapi bintang Piala Ryder Eropah itu itu mengetepikan kekecewaan itu apabila pertandingan diteruskan di El Camaleon Golf Club semalam, memenangi pertandingan playoff tiga hala untuk menewaskan Jason Bohn dari Amerika Syarikat dan Russel Knox dari Scotland.

Graeme McDowell ceria sambil mengangkat trofi kejuaraan OHL Classic yang dimenanginya di Playa del Carmen, Mexico, pada 16 November 2015. – Agensi
Graeme McDowell ceria sambil mengangkat trofi kejuaraan OHL Classic yang dimenanginya di Playa del Carmen, Mexico, pada 16 November 2015. – Agensi

“Ia memberikan saya sesuatu untuk dikuasai,” kata McDowell selepas itu.

“Anda melalui tahun seperti ini dan anda merasakan ‘adakah saya sudah selesai? Adakah saya tidak cukup bagus? Anda bertanyakan pada diri sendiri mengenai semua persoalan, kami sudah berada di sana.

ARTIKEL YANG SAMA