McIlroy
 kekal pemain golf No. 1 dunia

McIlroy
 kekal pemain golf No. 1 dunia

LONDON, 2 Jun (AFP) – Rory McIlroy berjaya me­ngekalkan status pemain golf No. 1 dunia dalam ranking terbaharu semalam, biarpun gagal melepasi kelayakan pada kejohanan Terbuka Ireland, minggu lalu.

Terbuka Ireland adalah kejohanan kedua berturut-turut yang menyaksikan bintang golf Ireland Utara itu gagal meneruskan kemaraan ke dua pusingan terakhir.

Bagaimanapun, kejayaannya memenangi kejohanan besar seperti Terbuka Britain dan Kejohanan PGA (2014), selain menduduki tangga keempat kejohanan Masters tahun ini memberikan mata yang cukup kepadanya untuk mengungguli ranking dunia.

Juara Masters di Augusta National, Jordan Spieth, pula berada di ran­king kedua dunia, meskipun gagal me­nyerlah dalam kejohanan Byron Nelson, hujung minggu lalu, di mana dia terikat di tangga ke-20 bersama 12 pemain lain.

Rory Mcllroy ketika beraksi di Kejohanan Golf Terbuka Irish – AFP
Rory Mcllroy ketika beraksi di Kejohanan Golf Terbuka Irish – AFP

ARTIKEL YANG SAMA