McIlroy berang tindakan Kelab Golf Muirfield

McIlroy berang tindakan Kelab Golf Muirfield

DUBLIN, 20 Mei (AFP) – Rory McIlroy mengkritik Kelab Golf Muirfield atas alasan mengekalkan pengharaman wanita untuk menjadi ahli kelab itu, semalam dengan mendakwa ia sebagai memalukan dan hanya menyerlahkan imej buruk sukan itu.

Muirfield di Scotland mengumumkan menerusi undi pos ahli-ahlinya yang menyaksikan undian majoriti 64 peratus berbanding 36 peratus yang memihak untuk kelab itu kekal sebagai ‘semua lelaki’.

R&A selaku penganjur kejohanan Major tertua, memberi maklum balas kepada undi itu dengan melucutkan hak Muirfield untuk menganjurkan Terbuka British sehingga wanita kembali dibenarkan menjadi ahli kepada kelab yang terletak di timur Edinburgh itu.

“Saya rasa untuk imej sukan golf, kita cuba membawa keluar perkara ini, lama…kita cuba bergerak mengikut peredaran masa dan cuba menjadikan golf lebih cepat, tenang, lebih ramai orang boleh turut serta,” kata McIlroy yang juga bekas pemain nombor satu dunia.

“Ya, hari ini bukan hari yang hebat untuk berbuat demikian.”

McIlroy yang menjuarai Terbuka pada 2014 di Royal Liverpool, berkata tindakan R&A untuk melucutkan hak Muirfield sebagai antara tuan rumah Terbuka British sebagai tepat.

“Sudah tentu mereka tepat. Ia sudah mengambil masa yang lama. Walaupun R&A membenarkan wanita menyertai tahun lalu atau beberapa tahun lalu, ia adalah mengenai masa apa yang mereka lakukan.”

“Ia adalah 2016 dan sudah tiba masanya kita bergerak ke depan. Wanita melakukan lebih baik daripada lelaki ketika ini. Saya rasa semua orang patut diberikan peluang untuk menyertai kelab jika mereka mahu berbuat demikian.”

ARTIKEL YANG SAMA