McIlroy bermula penuh yakin

McIlroy bermula penuh yakin

NAPA, Amerika Syarikat, 16 Okt (AFP) – Rory McIlroy memulakan kempen Jelajah AS PGA 2015-16 dengan mencatatkan pukulan empat bawah 68 untuk menyudahkan dengan menamatkan lima strok dari pendahulu selepas pusingan pertama Terbuka Frys.com semalam.

Juara empat kali itu, McIlroy membuat pukulan di atas green ke-17 dan 18 dan jika bukan kerana terlepas beberapa birdie putt yang pendek dia mungkin lebih hampir kepada pendahulu Brendan Steele.

Steele dari AS menghasilkan sembilan birdie dalam laluan untuk mencatatkan sembilan bawah 63 dalam catatan sempurna di Silverado North bagi pendahuluan satu pukulan ke atas Jhonattan Vegas.

Harold Varner dan Martin Laird dari Soctland ketinggalan dua pukulan dari pendahulu selepas membuat 65 pukulan.

D.H. Lee dari Korea Selatan dan Justin Thomas keduanya mencatatkan 66, sementara Justin Rose dari England dan Graham DeLaet dari Kanada menjadi tumpuan sekumpulan dari enam pemain golf dengan 67.

McIlroy dilihat berada dalam keadaan yang lebih baik semalam berbanding yang dihasilkannya pada Jelajah Kejuaraan tiga minggu lalu.

“Saya menghasilkan beberapa pukulan,” kata McIlroy, “Tetapi saya perlu memasukkan beberapa lagi. Jelas langkah ke arah yang tepat.”

Pemain nombor tiga dunia, McIlroy adalah pemain rangking tertinggi yang beraksi dalam pertandingan itu.

Kejayaan terakhirnya dalam Jelajah PGA adalah di Wells Fargo Championship pada Mei lalu.

“Ia adalah lebih baik dari tee ke green berbanding yang saya lakukan pada Kejuaraan Jelajah,” kata McIlroy mengenai pusingan pembukaannya.