McIlroy rangkul gelaran WGC Match Play

McIlroy rangkul gelaran WGC Match Play

SAN FRANCISCO, 4 Mei (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy menambah WGC World Match Play Championship kepada empat kemenangan utamanya dengan kejayaan 4&2 ke atas Gary Woodland dari AS semalam.

McIlroy dari Ireland Utara, yang berusia 26 tahun hari ini, beraksi untuk WGC Match Play keduanya, setelah tewas kepada Hunter Mahan pada 2012. Dia mencatatkan 7-0 pada tahun pertama pertandingan format baru yang memperkenalkan tiga pusingan dan disusuli pusingan kalah mati.

Tetapi dia terpaksa bangkit beberapa kali sebelum berjaya, termasuk kebangkitan daripada ketinggalan 2-0 dengan baki dua untuk menghindarkan penyingkiran pada Jumaat, dan kebangkitan lewat suku akhir dan separuh akhir.

“Saya berbangga dengan diri saya dan bagaimana saya menunjukkan banyak karakter awal dengan bangkit daripada defisit,” kata McIlroy, yang menjadi pilihan nombor satu untuk memenangi pertandingan itu sejak Tiger Woods pada 2008.

“Saya bermain dengan baik. WGC kedua saya dan kemenangan pertama dalam negara pada tahun ini. Saya begitu gembira.”

Rory McIlroy (kanan) memegang Piala Walter Hagen bersama Pengarah Piala Ryder di Jelajah PGA Eropah, Richard Hills selepas mengalahkan Gary Woodland 4&2 di WGC World Match Play semalam. – AFP
Rory McIlroy (kanan) memegang Piala Walter Hagen bersama Pengarah Piala Ryder di Jelajah PGA Eropah, Richard Hills selepas mengalahkan Gary Woodland 4&2 di WGC World Match Play semalam. – AFP

Danny Willett menewaskan Jim Furyk 3&2 untuk memenangi pertandingan sagu hati. McIlroy mengawal lebih awal menentang Woodland, yang mencatatkan empat birdie berturut–turut dari lubang keempat untuk mendahului.

Woodland, yang menguasai lubang ke-11 dan 12, tetapi terlepas empat footer di lubang ke-13 dan menyaksikannya ketinggalan 1-0.

“Putt saya terjejas pada lubang ke-13 dan ia adalah bola sukar. Tetapi saya terlepas. Dan dia seperti jerung. Menghidu bau darah dan pertandingan berakhir dengan pantas,” kata Woodland.

Woodland mencatatkan bogi pada lubang ke-14 untuk mencatatkan 3-0. Dia terlepas pada lubang ke-16 apabila gagal membuat birdie chip.

Ia adalah kejayaan mudah berbanding penyudah yang diperlukan McIlroy untuk mengetepikan Furyk 1–0 pada separuh akhir di Harding Park.