McIlroy sasar No.1

McIlroy sasar No.1

LOS ANGELES, 16 Feb – Rory McIlroy (gambar) meletakkan sasaran untuk merampas gelaran pemain nombor satu dunia daripada Jordan Spieth sebelum kejohanan Masters nanti.

McIlroy yang dalam persiapan untuk penampilan pada Terbuka Northern Trust di Los Angeles minggu ini, tergelincir ke tangga ketiga dalam ranking dunia di belakang Spieth dan Jason Day dari Australia.

Pemain dari Ireland Utara itu berharap, penyertaannya di California ini memberikannya permulaan yang baik musim ini.

“Saya boleh mendapatkan permulaan tahun yang baik, tidak ada sebab mengapa saya tidak boleh menjadi pemain nombor satu dunia menjelang Augusta (Masters),” kata McIlroy yang memburu Grand Slam kariernya di Masters.

“Itu sasaran saya, bermula dengan baik dan cuba mendapatkan kembali posisi itu secepat mungkin.”

GLF/

Kejohanan di lapangan Kelab Country Riviera dijangka bersesuaian dengan corak permainan McIlroy yang kali pertama beraksi di sini.

Bagaimanapun untuk Spieth, lapangan mencabar Riviera bukan perkara baharu baginya yang pernah menjuarai kejuaraan peringkat kolej di lapangan ini pada tahun 2012, dan berkongsi tangga ke-12 pada tahun 2014 serta tempat keempat musim lalu.

“Kejohanan ini cukup bermakna buat saya,” kata Spieth. “Saya rasa ini adalah salah satu lapangan golf terhebat di dunia. Saya amat terhutang budi dengan acara ini.” – AFP

“Saya mendengarkan Riviera adalah tempat yang hebat, dan saya mahu beraksi di sana di LA, dan saya merasakan ia adalah tempat yang bagus bagi saya,’ kata Mcllroy. Spieth sementara itu sudah merasai cabaran Riviera.

Beliau merupakan sebahagian dari rakan kolej Texas yang memenangi kejuaraan NCCA pada 2012, terikat bagi kedudukan 12 di sana pada 2014 sebelum menamatkan persaingan di tempat keempat musim lalu. – AFP