McIlroy tekad bangkit semula

McIlroy tekad bangkit semula

NAPA, Amerika Syarikat, 15 Okt – Pemain rangking ketiga, Rory McIlroy masih mendahului Jelajah Eropah, Race To Dubai dengan berbaki enam minggu dalam kempen tersebut, melancarkan usahanya bagi merebut mahkota Jelajah PGA AS 2015-16 hari ini.

Musim pukulan AS yang baru hanya 18 hari selepas Kejohanan Jelajah menamatkan yang terakhir ketika McIlroy, juara empat kali, dan pemain rangking ketujuh England, Justin Rose, pemenang Terbuka AS 2013, mengungguli senarai nama di Frys.com Open.

“Saya merasa gembira berada di sini dan untuk mendapatkan permulaan,” kata McIlroy semalam.

“Ia seperti masa- masa yang sudah, saya kembali ke Jelajah PGA pada Februari, pemain telah beraksi lapan atau 10 pertandingan dan saya cuba untuk mengejar. Saya mahu memulakan musim saya dengan permulaan yang bagus,” jelasnya.

Kebanyakan pesaing utama McIlroy berehat sekarang. Bintang AS, Jordan Spieth memenangi pertandingan Master dan Terbuka AS begitu juga dengan Kejohanan Jelajah dan bonus playoff Jelajah PGA AS bernilai AS$10 juta dalam memenangi rangking nombor satu dunia pada bulan lalu sementara Jason Day dari Australia, yang memenangi Kejohanan PGA pertama pada Ogos lalu, berada di rangking kedua. Kedua-duanya terpaksa menunggu untuk memulakan kempen 2015-16 mereka.

Roty McIlroy. – Reuters
Roty McIlroy. – Reuters

“Jika anda melihat dalam tempoh 12 bulan, ya, mereka memenangi lebih dari apa yang saya menangi, lebih banyak pertandingan utama. Saya rasa ia adalah pengenalan yang tepat,” kata McIlroy.

“Saya mahu memenangi pertandingan itu sekali lagi. Melihat mereka memenangi pertandingan utama, melakukan sesuatu yang saya lakukan sebelum ini dan mahu melakukannya sekali lagi, yang memberikan saya motivasi. Saya mahu mengembalikan permainan saya kepada peringkat asal dan boleh melakukannya sekali lagi.”

Spieth telah memenangi tujuh kali dalam tempoh 12 bulan sementara McIlroy hanya mampu mencatatkan tiga kemenangan dan Day menghasilkan kemenangan yang dinanti-nantikan.

Menyaksikan mereka berjuang merebut gelaran dan rangking teratas peminat teruja bagi 2016, walaupun McIlroy memberi amaran bahawa Ricky Fowler dari AS dan Dustin Johnson adalah di antara mereka yang berjuang untuk menyertai persaingan di kedudukan teratas.

“Ia akan menjadi satu lagi musim Jelajah PGA yang hebat,” kata McIlroy. “Terdapat banyak pemain yang boleh berada di kedudukan itu, bukan hanya kami bertiga. Anda mempunyai Ricky dan Dustin dan semua pemain. Naratif adalah pada minit ini tetapi anda tidak boleh melupakan mengenai kesemua bakat dan kekuatan PGA.”

McIlroy dan Rose adalah di antara pemain PGA yang perlu untuk beraksi di Napa selepas mereka menyertai pertandingan pada 2012. Tiger Woods bercadang untuk bersaing tetapi kemunculannya ditangguhkan sehingga 2016 kerana kecederaan, yang terbaru menjejaskannya berbanding pesaing ketika kemunculan 2016. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA