McIlroy terjejas keracunan makanan

McIlroy terjejas keracunan makanan

SHANGHAI, 4 Nov (Reuters) – Persediaan Rory McIlory bagi pertandingan WGC-HSBC Champions minggu ini di Shanghai terjejas dengan keracunan makanan yang mengetepikan pemain dari Ireland Utara itu daripada persaingan.

Pemain nombor tiga dunia itu terlepas pertandingan promosi semalam dan menarik dari pertandingan pro-am hari ini selepas tidak dapat memukul bola dalam latihan.

“Sejujurnya saya kurang sihat,” kata McIlroy. “Saya merasakan sesuatu (untuk dimakan) beberapa malam lalu dan semalam tidak bagus sama sekali.

(Dari kiri) Pemain golf Rickie Fowler, Henrik Stenson, Jordan Spieth dan Bubba Watson, merakam gambar selfie di majlis makan malam sempena perasmian kejohanan HSBC Champions di Shanghai, China semalam. – Agensi
(Dari kiri) Pemain golf Rickie Fowler, Henrik Stenson, Jordan Spieth dan Bubba Watson, merakam gambar selfie di majlis makan malam sempena perasmian kejohanan HSBC Champions di Shanghai, China semalam. – Agensi

“Saya rasa saya akan berada dalam keadaan yang lebih bagus pada pagi ini, tetapi saya menikmati roti bakar dan tembikai bagi sarapan dan saya datang ke sini serta cuba untuk memukul bola, tetapi walaupun hanya membuat ayunan, perut saya berasa sakit.

“Saya hanya memerlukan rehat seterusnya dan berharap ia akan lebih baik lagi esok dan saya boleh beraksi.

“Saya bangun sekitar 1 pagi hingga 4 pagi semalam. Malam sebelumnya ia tidak berlaku sehingga sekitar 4 pagi, jadi ia tidak bagus.”

ARTIKEL YANG SAMA