McIlroy tidak sertai golf Terbuka British

McIlroy tidak sertai golf Terbuka British

GULLANE, United Kingdom, 9 Julai (AFP) – Rory McIlroy mengumumkan penarikan diri daripada menyertai golf Terbuka British di lapangan St Andrews pada minggu depan, berikutan belum sembuh dari masalah kecederaan buku lali.

“Selepas menimbang sebaik mungkin, saya mengambil keputusan untuk tidak bermain pada Kejohanan Terbuka di St Andrews,” umum pemain nombor satu dunia itu menerusi akaun Twitter dan Instagram miliknya. “Saya mengambil kira kecederaan yang dialami untuk jangka panjang.

Biarpun proses pemulihan berjalan baik, saya mahu kembali menyertai kejohanan bila 100 peratus sembuh dan 100 peratus kompetitif.

“Terima kasih kepada semua atas sokongan dan ucapan selamat. Saya berharap dapat kembali ke lapangan secepat mungkin.”

Rory McIlroy menarik diri daripada menyertai Terbuka British. – Reuters
Rory McIlroy menarik diri daripada menyertai Terbuka British. – Reuters

Pemain berusia 26 tahun daripada Ireland Utara ini mendedahkan mengenai kecederaan dialaminya ketika bermain bola sepak bersama rakannya menerusi akaun Twitter dan Instagramnya pada Isnin lalu.