MCKIP dijangk...

MCKIP dijangka tarik pelabur sehingga RM10 bilion

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dijangka menarik pelaburan berjumlah antara RM8 bilion dan RM10 bilion tahun ini.

Pengerusi MCKIP Sdn Bhd Datuk Soam Heng Choon berkata ramai bakal pelabur menunjukkan minat terhadap MCKIP.

MCKIP berjaya menarik pelaburan berjumlah RM19 bilion sejak 2013.

Hadir sama pada pelancaran berkenaan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Seri Jebasingam Issace John, dan CEO Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Datuk Dzulkifli Mahmud.

Soam, yang juga CEO dan Pengarah Urusan IJM Corporation Bhd CEO berkata sasaran pelaburan bagi tahun ini ialah dalam industri berat dan sederhana serta logistik.

Beliau berkata projek-projek daripada industri berat akan mewujudkan kesan limpahan terhadap ekonomi yang akan menyediakan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana Malaysia.

Kilang dengan pelaburan sebanyak RM5.6 bilion itu dibangunkan oleh pelabur perintis dan terbesar MCKIP, Alliance Steel (M) Sdn Bhd. MCKIP Sdn Bhd, pemaju induk MCKIP, merupakan usaha sama 51:49 antara konsortium Malaysia dan konsortium China.

Konsortium Malaysia adalah perkongsian awam-swasta yang terdiri daripada IJM Land Bhd, Sime Darby Property Bhd, dan Kerajaan Negeri Pahang yang diwakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. – Bernama

Konsortium China pula diterajui oleh konglomerat milik negara Guangxi Beibu Gulf International Port Group dan Qinzhou Investment Development Co Ltd. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA