McLaren Honda sasar padam prestasi hambar

McLaren Honda sasar padam prestasi hambar

LONDON, 22 Julai – Pengarah Perlumbaan McLaren Honda, Eric Boullier menjadikan dua pemandu skuad itu, Fernando Alonso dan Jenson Button sebagai contoh terbaik untuk membuktikan keyakinan pasukan mereka bagi menghadapi saingan Grand Prix Hungary pada hujung minggu ini.

McLaren Honda yang berada di tangga kesembilan dalam kedudukan keseluruhan setakat ini dilihat masih berada di takuk lama meskipun sudah mengharungi separuh musim dalam kempen perlumbaan Formula Satu (F1) 2015.

Skuad yang berpangkalan di London itu masih menghadapi masalah ketahanan dan kelajuan jentera, namun Boullier percaya, insiden kemalangan yang dialami pada perlumbaan pusingan pertama di Austria dan Britain sebagai penyumbang utama kepada kekecewaan mereka.

Boullier berkata, keputusan pasukan yang masih belum menentukan masa depan Alonso dan Button me­nguatkan keyakinan mereka terha­dap keperluan untuk memastikan kedua-dua pemandu itu terus bersemangat mengharungi musim ini bersama McLaren.

“Sangat mengecewakan apabila melihat sendiri peralatan baharu jentera serta hasil peningkatan yang dilakukan selama ini musnah sebelum mereka berpeluang untuk membukti­kan keupayaan sebenar ketika perlumbaan berikutan beberapa kemala­ngan pada pusingan pertama. – Agensi