Mclaren makin pantas

Mclaren makin pantas

LONDON, 9 Feb – Juara F1, Mercedes menjangkakan mereka akan ditewaskan Ferrari pada musim baharu kali ini sambil McLaren semakin pantas dengan penggunaan enjin Honda,” kata ketua bahagian enjin pasukan, Andy Cowell.

“Tidak ada sesiapa yang dijangka akan menang. Semua orang di sini jangka kita akan ditewaskan oleh Ferrari dan Honda yang disifatkan ancaman besar,” kata eksekutif Mercedes itu.

Ferrari menang tiga daripada 19 perlumbaan musim lalu manakala McLaren yang disifatkan pasukan kedua terbaik selepas Ferrari mula menjalinkan kerjasama dengan Honda, tahun lalu.

McLaren akan diperkuatkan oleh dua bekas juara dunia, Fernando Alonso dan Jenson Button. “Mereka bangkit dengan cepat dan cukup bersemangat,” kata Cowell.

Mercedes memenangi perlumbaan selebihnya, dengan Lewis Hamilton dari Britain menjulang gelaran ketiga dan memenangi 10 grand prix berbanding rakan sepasukan Nico Rosberg hanya enam.

Andy Cowell (dua kiri) bersama Sebastian Vettel, Lewis Hamilton dan Sergio Perez. – Reuters
Andy Cowell (dua kiri) bersama Sebastian Vettel, Lewis Hamilton dan Sergio Perez. – Reuters

Pasukan itu telah memenangi 32 dari 38 perlumbaan dalam tempoh dua tahun.

McLaren, pasukan kedua paling berjaya dalam sukan itu selepas Ferrari, belum memenangi sebarang perlumbaan sejak 2012 dan dikuatkan dengan enjin Mercedes sehingga perkongsian baru bersama Honda pada tahun lepas.

Mereka memiliki Fernando Alonso dari Sepanyol dan Jenson Button dari Britain, keduanya juara perlumbaan bagi mereka.

Honda menghadapi lencongan pembelajaran sukar, kembali setahun selepas memperkenalkan enjin hybrid turbo V6 yang mencetuskan penguasaan era Mercedes.

McLaren menamatkan di tangga kesembilan dari 10 pasukan pada musim lalu, dilanda dengan kesukaran dan kekurangan tenaga.

“Mereka bangkit dengan segera dan mempelajari didepan umum tetapi mereka mempunyai keazaman besar, dan bergabung bersama McLaren, yang juga memiliki azam besar,” kata Cowell.

“Kami tahu bagaimana McLaren berusaha dari segi pendekatan pemacu data, jadi mereka akan menghasilkanj perolehan yang besar,” tambahnya.

Cowell berkata terdapat banyak lagi yang akan datang dari enjin Mercedes, dengan sebahagian perolehan ‘yang mengagumkan’ yang dilihat dalam bidang keberkesanan thermal-bagaimana sebahagian tenaga dalam bahan api ditukart menjadi tenaga dari enjin.

Musim itu, dengan rekod 21 perlumbaan bermula di Australia pada 20 Mac depan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pemandu Williams, Felipe Massa yakin juara dunia, Lewis Hamilton mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu jika memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya dalam perlumbaan musim 2016 sekali gus menghalang kebangkitan yang cuba dipamerkan oleh Nico Rosberg.

Kedua-dua pemandu Mercedes itu bersaing hebat dalam merebut kejuaraan dunia sejak dua tahun lalu, namun Hamilton berjaya menafikan keinginan rakan sepasukannya untuk dua musim berturut-turut.

Bagaimanapun, Rosberg mula menunjukkan ‘belang’ apabila berjaya memenangi tiga perlumbaan terakhir pada penghujung musim lalu selepas Hamilton ditabalkan menjadi juara dunia.

“Kita telah melihat (Nico) Rosberg berjaya memenangi tiga perlumbaan terakhir dengan cemerlang pada musim lepas. Saya rasakan Hamilton tidak fokus sepenuhnya selepas dia berjaya memastikan kejuaraan dunia menjadi miliknya.

“Selain itu, saya jangka perebutan gelaran dunia pada tahun ini bakal menjadi sangat sengit antara Hamilton dan Rosberg,” kata bekas pemandu Ferrari itu lagi.

Dalam perkembangan lain, pelumba berusia 35 tahun itu akan terus digandingkan dengan Valtteri Bottas untuk pasukan Williams dalam kempen F1 musim ini. – Reuters