Mcllroy beri tumpuan Masters AS

Mcllroy beri tumpuan Masters AS

HOUSTON, 29 Mac (AFP) – Rory McIlroy memutuskan tidak menyertai Pertandingan Par 3 minggu depan sebelum berlangsungnya Masters Amerika Syarikat (AS) di Augusta, bagi memberi tumpuan kepada sasarannya memenangi kejohanan major pertama tahun ini.

“Saya tidak akan bermain di Pertandingan Par 3 tahun ini kerana terlalu banyak masalah dan memberi sedikit gangguan,” kata pemain golf Ireland Utara itu.

Juara major empat kali itu akan membuat penampilan kelapan berturut-turut di Masters AS.

Hanya sekali dia tidak bermain dalam Pertandingan Par 3 di Augusta National.

Ia adalah lima tahun yang lalu pada 2011 apabila dia ke pusingan akhir dan mendahului empat pukulan sebelum berdepan krisis dahsyat, apabila mencatatkan 80 pada hari terakhir untuk berkongsi tempat ke-15 di belakang pemain Afrika Selatan, Charl Schwartzel.

McIlroy ketika melakukan pukulan tee pada lubang ke-13 dalam Kejohanan Golf Dunia di Austin. Mcllroy memutuskan untuk memberi tumpuan kepada perlawanan Masters AS dan tidak akan menyertai Pertandingan Par 3 minggu depan. – AFP
McIlroy ketika melakukan pukulan tee pada lubang ke-13 dalam Kejohanan Golf Dunia di Austin. Mcllroy memutuskan untuk memberi tumpuan kepada perlawanan Masters AS dan tidak akan menyertai Pertandingan Par 3 minggu depan. – AFP

“Tahun ini saya mempunyai peluang terbaik di Augusta, dan ia seperti 2011 kerana saya tidak menyertai Pertandingan Par 3.

“Jadi, mungkin keputusan untuk tidak bermain tahun ini saya boleh menumpukan kepada kejohanan kegemaran saya,” kata McIlroy.

Setahun yang lalu, McIlroy mencatatkan penamat terbaik keempat di belakang Jordan Spieth di Augusta.

Walau bagaimanapun dalam tempoh dua tahun yang lalu, para media lebih tertumpu kepada pilihan Mcllroy dalam Par 3 pertandingan kedi.

Dalam pada itu juga, McIlroy bercakap secara terbuka dengan emosinya yang menyatakan kekecewaan terhadap kekalahannya dalam WGC-Dell Match Play pada separuh akhir minggu lalu di tangan juara, Jason.