Mcllroy ingin tingkatkan prestasi

Mcllroy ingin tingkatkan prestasi

MIAMI, 25 Feb (AFP) – Rory Mcllroy akan berusaha untuk bangkit dari kekecewaan di Los Angeles apabila dia akan terlibat dalam pertandingan Honda Classic minggu ini di PGA National, padang yang diakuinya adalah kedudukan naik dan turunnya.

Mcllroy mengetepikan Tiger Woods untuk memenangi gelaran pada 2012-melonjak di kedudukan nombor satu dunia buat kali pertama. Dengan mempertahankan gelarannya berikutan penarikan diri ketika melalui kecederaan pada tahun berikutnya.

Pada 2014 dia sekali lagi berada dalam kesukaran, tewas dalam ‘playoff’, tetapi terlepas ‘cut’ pada tahun lepas.

“Saya rasa ia sudah biasa terhadap saya,” kata Mcllroy dengan senyuman semalam, apabila ditanya untuk mengambil kira bagi keputusannya di PGA National’s Champion Course, Palm Beach Garden, Florida.

“Ia boleh menyukarkan lagi kesukaran anda, dan ia akan menjadikan anda merasakan jika anda beraksi lebih teruk berbanding kedudukan anda sebenar,” kata Mcllroy.

Rory Mcllroy akan berusaha kembali dalam pertandingan Honda Classic minggu ini di PGA National selepas tewas dalam perlawanan di Los Angeles yang lalu. – Reuters
Rory Mcllroy akan berusaha kembali dalam pertandingan Honda Classic minggu ini di PGA National selepas tewas dalam perlawanan di Los Angeles yang lalu. – Reuters

“Jika anda mengawal permainan, ia adalah di padang ini anda boleh beraksi dengan baik dan anda boleh memberikan diri anda banyak peluang, dan tidak seperti yang anda perlukan untuk membuat pukulan rendah untuk mara.”

Mcllroy akan memulakan pukulan hari ini bersama dengan juara Terbuka British, Zach Johnson dan juara Honda Classic, Padraig Harrington dari Ireland.

Mcllroy, yang sekarang berada di rangking ketiga dunia di belakang Jordan Spieth dari AS dan Jason Day dari Australia, memburu kemenangan pertamanya pada 2016.

Penyudah terbaiknya berada di kedudukan ketiga di Abu Dhabi dan di kedudukan keenam di Dubai. Dia mara dalam Jelajah PGA, Terbuka Northern Trust minggu lalu di Riviera Country Club, di mana pembukaan eagle berada pada pusingan akhir yang memberikannya perkongsian pendahuluan tetapi ditamatkan dengan 75 pukulan.

Dia berkata dia tidak meluangkan terlalu banyak masa untuk memikirkan kedudukannya bagi ke 20.